Sunday, 11 December 2016

PERKHIDMATAN MAKANAN (AMALAN HALAL)

Assalamualaikum semua. 

Diharapkan post ini serba sedikit dapat memberikan penerangan mengenai Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal). Sebelum ini saya ada berkongsikan sedikit pengalaman hidup saya sepanjang pengajian saya bersama Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) di ietrahshahira.blogspot.com , tapi malangnya email saya yang tu sudah kena 'hack'. Jadi saya kongsikan di sini sahaja ya.


" Kos ni belajar apa ya? "

"Ada masak-masak ke?"

"Apa yang awak belajar?"

"Boleh cerita serba sedikit pasal kos awak ambil?"

"Saya ada terbaca di blog awak pasal Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal), boleh share serba sedikit?"

"Adik saya dapat kos ni blablablabla..... "


Alhamdulillah Mac 2016 saya dengan rasminya telah tamat kos ini dengan jayanya. Alhamdulillah saya juga dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) atau kalau UITM mereka panggil DEAN LIST untuk keseluruhannya. Dan sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga. Okey berbalik kepada Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) tadi. Banyak benda yang saya belajar.


  • YA SAYA BELAJAR MEMASAK MASAKAN TIMUR BARAT DAN BAKERI.
  • YA SAYA JUGA ADA BELAJAR PENGIRAAN DALAM BEBERAPA SUBJEK.
  • YA SAYA JUGA ADA BELAJAR MACAM MANA NAK LAYAN TETAMU.
  • YA SAYA BELAJAR BERKAWAD DALAM KURSUS POLIBRIGED.
  • YA SAYA JUGA ADA JALANI LATIHAN INDUSTRI.
  • YA TIADA BENDA SENANG DALAM DUNIA INI KALAU ANDA MALAS BELAJAR ATAU BERUSAHA.


Bagi saya kos ini tidak terlalu mudah dan tidak terlalu senang. Ada teori anda kena ingat dan juga amali. Kos ini mengajar bagaimana untuk kita menyediakan, menghidang, membuat, membeli dan sebagainya atas dasar patuh syariah. Di mana ianya disebut halal. Halal bukan sahaja pada makanan, tetapi juga cara kita berpakaian, cara menyediakan kemudahan di resort atau hotel, cara kita mengenalpasti yang mana halal dan haram, cara kita memastikan perkhidmatan yang kita sediakan mengikut tuntutan agama dan sebagainya. Banyak benda yang saya belajar dan saya harap post ini serba sedikit membantu anda. Yang baik datang dari Allah dan kekurangan pada diri saya. Sekian terima kasih. 



11 comments:

  1. dik..latihan industry kat mana hari tu??
    so far mana lagi tempat prakikal yg sesuai untuk kos ni??tq

    ReplyDelete
  2. Anak saya mendpt twrn kursus ini. Adakah ia sama dgn kulinari. Dilema antara twrn perakauanan & penyediaan mknn halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos nie ok sikit, sbb hospitaliti, org ramai cari, peluang kerja tu bnyak

      Delete
  3. Akk sy nqk tqnyq kalau lepas dah habis blajar diploma perkhidmatan makanan amalan halal...kita bole sambung ijazah sarjana muda apa ye kak

    ReplyDelete
  4. hi nak tanya, bolehke bukan muslim boleh ambil kursus ini, dan apa bahasa pengantar yang digunakan, adakah english, pls reply

    ReplyDelete
  5. Salam kak, sy tgh keliru nak pilih kos perkhidmatan makanan amalan halal ni or islamic banking😅 dua2 sy minat kak . And Kos ni kalau ijazah boleh smbung apa ye ? Sy dpt tawaran ni di politeknik merlimau

    ReplyDelete
  6. Hi nak tanya kalau sambung ijazah nanti boleh amik ape eh dan skop kerja macam mana???

    ReplyDelete
  7. Diploma pengurusan perkhidmatan pemakanan..sama ke

    ReplyDelete
  8. akak sye nk tnye klau amik course ni nnti degree smbung amik course ape plak eh

    ReplyDelete