Sunday, 11 December 2016

PERKHIDMATAN MAKANAN (AMALAN HALAL)

Assalamualaikum semua. 

Diharapkan post ini serba sedikit dapat memberikan penerangan mengenai Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal). Sebelum ini saya ada berkongsikan sedikit pengalaman hidup saya sepanjang pengajian saya bersama Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) di ietrahshahira.blogspot.com , tapi malangnya email saya yang tu sudah kena 'hack'. Jadi saya kongsikan di sini sahaja ya.


" Kos ni belajar apa ya? "

"Ada masak-masak ke?"

"Apa yang awak belajar?"

"Boleh cerita serba sedikit pasal kos awak ambil?"

"Saya ada terbaca di blog awak pasal Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal), boleh share serba sedikit?"

"Adik saya dapat kos ni blablablabla..... "


Alhamdulillah Mac 2016 saya dengan rasminya telah tamat kos ini dengan jayanya. Alhamdulillah saya juga dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) atau kalau UITM mereka panggil DEAN LIST untuk keseluruhannya. Dan sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga. Okey berbalik kepada Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) tadi. Banyak benda yang saya belajar.


  • YA SAYA BELAJAR MEMASAK MASAKAN TIMUR BARAT DAN BAKERI.
  • YA SAYA JUGA ADA BELAJAR PENGIRAAN DALAM BEBERAPA SUBJEK.
  • YA SAYA JUGA ADA BELAJAR MACAM MANA NAK LAYAN TETAMU.
  • YA SAYA BELAJAR BERKAWAD DALAM KURSUS POLIBRIGED.
  • YA SAYA JUGA ADA JALANI LATIHAN INDUSTRI.
  • YA TIADA BENDA SENANG DALAM DUNIA INI KALAU ANDA MALAS BELAJAR ATAU BERUSAHA.


Bagi saya kos ini tidak terlalu mudah dan tidak terlalu senang. Ada teori anda kena ingat dan juga amali. Kos ini mengajar bagaimana untuk kita menyediakan, menghidang, membuat, membeli dan sebagainya atas dasar patuh syariah. Di mana ianya disebut halal. Halal bukan sahaja pada makanan, tetapi juga cara kita berpakaian, cara menyediakan kemudahan di resort atau hotel, cara kita mengenalpasti yang mana halal dan haram, cara kita memastikan perkhidmatan yang kita sediakan mengikut tuntutan agama dan sebagainya. Banyak benda yang saya belajar dan saya harap post ini serba sedikit membantu anda. Yang baik datang dari Allah dan kekurangan pada diri saya. Sekian terima kasih.